Monday 16 April 2012

Debaran Kian Terasa.

Salam semua, wah debaran kian terasa dikala hari semakin hampir ke tarikh 27-29 April 2012 ini. Perancangan yang diaturkan berjalan seperti dijadualkan, marilah kita bersama2 memberikan sokongan kepada vendor2 Underground yang cuba Ekspo Perkahwinan Malaysia anjuran My Big Event ketengahkan pada edisi kali ini.

Yup barisan Vendor2 yang sertai pada Edisi ke-2 nanti adalah gabungan yang lama dan yang baru, barulah ada keseimbangan dalam industri perkahwinan di Malaysia. Seperti yang semua maklum cita2 My Big Event adalah cuba menghimpungkan Vendor2 yang berbakat besar dihimpunkan didalam 1 majlis.

Kepada B2B yang tercari2 apakah design2 terbaru untuk busana pengantin, nantikan pertunjukan fesyen dari Designer yang berbakat besar James Mok Couture, Butik MaswiraFarish House dan Cinta Aliah feat Erry Anuar Couture. Malah terdapat juga pertunjukan fesyen khas untuk B2B yang berbadan gempal iaitu XXL Fashion Show daripada Butik Gincu Merah.

 SimplySiti juga tidak ketinggalan dalam menyertai EPM malah terdapat "Suprise" kepada pengunjung Ekspo pada kali ini, Nantikan Demo solekan daripada crew SimplySiti selama 3 hari majlis berlangsung.

Dari segi aturcara persembahan pada kali ini anda boleh saksikan persembahan tarian daripada Music Event Entertainment dan sebuah persembahan Exclusive daripada Tari Tirana yang sememangnya diciptakan khas untuk tema EPM pada kalini iaitu berkisahkan Pelangi Cinta. Malah Adunan Gamelan Irama Melayu (AGIM) juga tidak ketinggalan membuat persembahan.

Perarakan pengantin yang bertemakan Rainbow & Happiness juga menjadi salah satu sebab yang wajib anda saksikan dimana pasangan pengantin ini merupakan pasangan pengantin yang sebenar dimana mereka terpilih melalui Online Contest yang dianjurkan oleh My Big Event, Selain daripada itu Demo Berendoi juga akan berlangsung pada hari ahad dimana bayi yang terpilih merupakan pemenang untuk Online Contest yang dianjurkan.

Dan yang terakhir sekali pasti anda semua tidak bayangkan bagaimanakah rupa pelamin utama EPM pada kali ini yang akan dihiasi oleh Theme of Que Rafael., dan 4 pintu masuk utama akan di deco oleh Theme of Que Rafael & Butik MaswiraFarish House hehehe gabungan 2 vendor mengikut 1 tema.

Ohyess kepada semua pengunjung yang hadir jangan lupa singah di Photobooth kami dimana SuperliciousTouch Concept & Ohhoo Studio menanti uoolzz semua untuk sesi Fotografi secara PERCUMA.

Photobooth daripada SuperliciousTouch Concept & Ohhoo Studio


Aturcara Lengkap Majlis.

Banting2 EPM yang akan menerangi jalan2 raya.

No comments:

Post a Comment