Monday 16 April 2012

Debaran Kian Terasa.

Salam semua, wah debaran kian terasa dikala hari semakin hampir ke tarikh 27-29 April 2012 ini. Perancangan yang diaturkan berjalan seperti dijadualkan, marilah kita bersama2 memberikan sokongan kepada vendor2 Underground yang cuba Ekspo Perkahwinan Malaysia anjuran My Big Event ketengahkan pada edisi kali ini.

Yup barisan Vendor2 yang sertai pada Edisi ke-2 nanti adalah gabungan yang lama dan yang baru, barulah ada keseimbangan dalam industri perkahwinan di Malaysia. Seperti yang semua maklum cita2 My Big Event adalah cuba menghimpungkan Vendor2 yang berbakat besar dihimpunkan didalam 1 majlis.

Kepada B2B yang tercari2 apakah design2 terbaru untuk busana pengantin, nantikan pertunjukan fesyen dari Designer yang berbakat besar James Mok Couture, Butik MaswiraFarish House dan Cinta Aliah feat Erry Anuar Couture. Malah terdapat juga pertunjukan fesyen khas untuk B2B yang berbadan gempal iaitu XXL Fashion Show daripada Butik Gincu Merah.

 SimplySiti juga tidak ketinggalan dalam menyertai EPM malah terdapat "Suprise" kepada pengunjung Ekspo pada kali ini, Nantikan Demo solekan daripada crew SimplySiti selama 3 hari majlis berlangsung.

Dari segi aturcara persembahan pada kali ini anda boleh saksikan persembahan tarian daripada Music Event Entertainment dan sebuah persembahan Exclusive daripada Tari Tirana yang sememangnya diciptakan khas untuk tema EPM pada kalini iaitu berkisahkan Pelangi Cinta. Malah Adunan Gamelan Irama Melayu (AGIM) juga tidak ketinggalan membuat persembahan.

Perarakan pengantin yang bertemakan Rainbow & Happiness juga menjadi salah satu sebab yang wajib anda saksikan dimana pasangan pengantin ini merupakan pasangan pengantin yang sebenar dimana mereka terpilih melalui Online Contest yang dianjurkan oleh My Big Event, Selain daripada itu Demo Berendoi juga akan berlangsung pada hari ahad dimana bayi yang terpilih merupakan pemenang untuk Online Contest yang dianjurkan.

Dan yang terakhir sekali pasti anda semua tidak bayangkan bagaimanakah rupa pelamin utama EPM pada kali ini yang akan dihiasi oleh Theme of Que Rafael., dan 4 pintu masuk utama akan di deco oleh Theme of Que Rafael & Butik MaswiraFarish House hehehe gabungan 2 vendor mengikut 1 tema.

Ohyess kepada semua pengunjung yang hadir jangan lupa singah di Photobooth kami dimana SuperliciousTouch Concept & Ohhoo Studio menanti uoolzz semua untuk sesi Fotografi secara PERCUMA.

Photobooth daripada SuperliciousTouch Concept & Ohhoo Studio


Aturcara Lengkap Majlis.

Banting2 EPM yang akan menerangi jalan2 raya.

Friday 6 April 2012

Online Contest : The BIGgest online Contest Promo

Online Contest anjuran My Big Event khas kepada B2B kini kembali!!
dengan barisan penaja2 yang Gempak seperti :

 Butik Maswirafarish House + D' Ratu Bridal Kuala Lumpur + SuperliciousTouch Concept + Asyiq's Bridal Catering & Canopy  + Theme of Que Rafael

dihimpunkan menjadi 1 contest dimana hadiah tajaan mereka memcecah RM 20 Ribu yang pasti membuatkan anda geram kalau tidak menyertainya.. Caranya mudah, okey jom kita semak syarat2nya.

Syarat2nya :-


- Terbuka kepada semua B2B Warganegara Malaysia yang 
  berumur 20 hingga 30 tahun.


- Peserta perlu melangsungkan majlis anda pada 
  tahun 2012 , dan Majlis anda mestilah berada dikawasan Lembah 
  Klang sahaja. 
  
- Setiap peserta perlu menukar Profile Picture anda kepada 
  Official Contest Profile Picture sehingga 29 April 2012
  (Gambar akan diberikan).

Cara2 nak sertainya :-

- Uploadkan gambar Pre-Wedding anda di Fanpage kami,
 5 Perserta yang mempunyai “Like” terbanyak berpeluang
 untuk memilih hadiah Exclusive yang ditawarkan oleh penaja. 


Tarikh penyertaan :-

- Tarikh Mula : Serta-merta ....
  Tarikh Tamat : 25 April 2012




__________________________________________________________________________________


Mereka yang mempunyai "Like" terbanyak akan diberi penghormatan untuk memilh koleksi2 Hadiah yang ditawarkan terlebih dahulu.

Contoh : -
                   Pasangan 1 = Jumlah Like 890 undi.
                   Pasangan 2 = Jumlah Like 1200 undi.
                   Pasangan 3 = Jumlah Like 50 undi.
                   Pasangan 4 = Jumlah Like 40 undi.
                   Pasangan 5 = Jumlah Like 30 undi.

Secara automatik Pasangan 2 berhak memilih mana2 hadiah yang tersedia diikuti oleh  Pasangan 1 , Pasangan 3 , Pasangan 4 dan Pasangan 5.

Pemenang perlu hadir di Ekspo Perkahwinan Malaysia pada 29 April 2012 jam 3pm di Sunway Putra Mall (The Mall) untuk upacara penyampaian hadiah, kegagalan anda untuk hadir, secara otomatiknya membuatkan penyertaan anda TERBATAL.

__________________________________________________________________________________

Dan akhir sekali jom kita lihat apa hadiah yang bakal anda menangi nanti.....hehehe sekurang2nya dapat meringankan Budjet Kahwin anda nanti  :) dan Jangan Lupa untuk add atau "LIKE" fanpage penaja sekali (WAJIB)

1)

Butik MaswiraFarish House :http://www.facebook.com/profile.php?id=100003167022781
Hadiah : Sesi Make Up Resepsi.




2)


D' Ratu Bridal Kuala Lumpur : http://www.facebook.com/pages/D-Ratu-Bridal-Kuala-Lumpur/232125316880625
Hadiah : Sepasang Sewaan baju pengantin Exclusive.


3)

Asyiq's Bridal Catering & Canopy : http://www.facebook.com/pages/Asyiqs-BridalCateringCanopy/166243893458351
Hadiah : Exclusive D.I.Y Guest Book.


4)
Hadiah : Photobooth.


5)
Hadiah : 7 Set Hantaran Exclusive.

=========================================================================
Official Poster Promo