Tuesday 27 December 2011

Online Contest : DIALOG BERTUAH 'EPM'

Kepada follower sekalian, kami nak launch Contest 'DIALOG BERTUAH 'EPM'..yang bermula dari tarikh 27 Disember 2011 ke 03 Januari 2012. Caranya mudah saja, penuhkan ruangan dialog dengan ayat-ayat yg kreatif..mesti ada kaitan dengan Ekspo Perkahwinan Malaysia (EPM) yg bakal berlangsung dari 06-08 Januari 2012 nanti....Apa agaknya yg sedang dibualkan 'Bobo dan Bibi'(karakter kartun tersebut) ye??

Contoh :-

Dialog Bobo : "Apa kata kita kahwin Bibi? Awak sudi ke jadi pengantin saya??

Dialog Bibi    : "Seronoknya Bobo..Saya gembira awak pilih saya jadi pengantin awak.
                        Tapi, awak mesti bawa saya survey-survey pakej kahwin di Ekspo
                        Perkahwinan Malaysia ye...Mesti banyak tawaran hebat kat ekspo tu, horeee!!!


cara2 menyertainya, sila lawati fan page kami http://www.facebook.com/ekspoperkahwinanmalaysia dan click poster pertandingan seperti dibawah, postkan dialog anda di ruangan komen.


Friday 23 December 2011

My Big Event Crew

Hai semua.. disini kami ingin mengumumkan mulai hari ini Alffa Neezam telah pun menyertai Team My Big Event secara rasminya.. kepada anda yang berminat untuk menyertai Tapak Pameran boleh la untuk menghubungi En. Alffa Nezam ditalian 017-3129 330.




Saturday 17 December 2011

Online Contest


Kepada anda semua yang kaki contest ni haaa ade satu contest yang M.B.G (memang best gilerrr). Bayangkan , dengan hanya mengisi ruang kosong yang disediakan dengan mengunakan kreativiti dan imaginasi anda memungkinkan anda berpeluang menjadi pemenang hadiah utama yang merupakan satu pakej Berbulan Madu secara PERCUMA!!! Tajaan Siti Catering.

Selain daripada itu B2B juga berpeluang menerima hadiah daripada Butik Aura Linda iaitu Sewaan Sepasang Busana Resepsi dan sesi Mekap secara PERCUMA jugak uuoolllzz!!

Bagi pemenang tempat ke-3 pihak Asyiqs Bridal telah bermurah hati untuk menaja 5 set Gubahan Hantaran Exclusive yang menang Cun Giler.

Jom semak cara-cara menyertainya.

1) Lengkapkan Ayat yang diberikan:

              Saya mencintai awak kerana......... (Tidak Melebihi dari 20 Patah Perkataan)


 Contoh :: Saya mencintai awak kerana tiada insan lain yang berjaya mencuri hati ini semoga cinta kita akan berakhir di jinjang pelamin... insya'Allah, amin.

2) 5 penyertaan terbaik akan dipilih oleh penaja dan akan dibawa ke Final Round,  Serta LIKE terbanyak  akan berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan penaja.

3) Tarikh buka penyertaan : 18 Disember 2011
    Tarikh pemilihan 5 penyertaan terbaik : 25 Disember 2011.
    Final Round : 26 Disember 2011 - 3 Januari 2012 (12 tgh mlm)
    Penyampaian Hadiah : 8 Januari 2012 (2.30pm)
  * pemenang wajib hadir yer, kegagalan untuk menghadirkan diri kemenangan anda dibatalkan.


Haaaa ape lagi? jom la joint contest ni di Official Fan Page kami http://www.facebook.com/ekspoperkahwinanmalaysia


Postkan penyertaan anda diruangan komen di dalam folder Online Contest .

Tuesday 13 December 2011

Bunting Ekspo Perkahwinan Malaysia berkibaran di Maju Junction.

Hai semua,  disini kami ingin kongsikan sedikit info untuk semua.
kami telah mengantung bunting awal di Maju Junction. jom layan....











Tuesday 6 December 2011

Pertandingan Andaman



kepada anda semua yang mempunyai bakat dalam bidang andaman pengantin kami mempelawa anda untuk menyertai pertandingan andaman yang kami anjurkan sempena Ekspo Perkahwinan Malaysia yang bakal berlangsung pada 6 - 8 Januari 2012. Pertandingan yang bertemakan : Fantasia cinta , sememangnya membuatkan tahap kreativiti anda tidak terbatas.

jom pakat ramai2 sertai kami pada:-

Hari : Sabtu
Tarikh : 7 Januari 2012
Jam : 3.00 pm - 5.00 pm
Tema & Konsep : Fantasia Cinta.
Yuran Penyertaan : RM 50 sahaja setiap peserta akan menerima sijil penyertaan.

Selain daripada hadiah ditawarkan adalah lumayan, Juara pertandingan akan diberi penghormatan untuk penampilan khas dipentas utama pada hari Ahad 8 Januari 2012 (keesokan harinya) mempersembahkan demo solekan bertemakan fantasia cinta kepada pengunjung Ekspo Perkahwinan Malaysia....menarik tu !!

Dapatkan borang penyertaan di official fan page kami :- http://www.facebook.com/ekspoperkahwinanmalaysia
cara2nya macam ni semudah masak nasi goreng.

buka dan LIKE  fan page ekspo perkahwinan malaysia > click icon photo dan save borang pertandingan andaman ke dalam komputer anda @ print jer borang tu > isi maklumat diri anda > faxkan dinombor 03-6093 3130 (sila sertakan sekali slip penbayaran)


Jom check Syarat2nya :-


1) Terbuka kepada semua warna negara Malaysia
2) Masa diberikan selama 1 Jam 15 minit sahaja.
3) Konsep & Tema andaman : Fantasia Cinta
4) Sila bawa peralatan sendiri , Model dan Pakaian disediakan oleh peserta. Model
disarankan memakai pakaian mengikut konsep sebelum pertandingan.
Masa tambahan jika model bertudung.
5) Segala keputusan juri adalah muktamad.Sebarang rayuan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
6) Bayaran adalah RM50 untuk satu penyertaan sila bayar sebelum 1 Januari 2012. bayaran boleh dibuat
melaui cash deposit/cek. Bayaran tanpa bukti slip pembayaran tidak akan dilayan.
Sila bayar ke akaun Bank Islam atas nama My Big Event 12207-01-0002570 ,
sila fax ke 03-6093 3130 borang ini bersama slip pembayaran bank atau poskan kealamat
No.2D-2-2, Rawang Mutiara 3, Rawang Mutiara Business Centre 2, 48000 Rawang,Selangor Darul Ehsan.
7) Sebarang pertanyaan sila hubunggi 03-6093 3130.